Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »
ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Wednesday, June 29, 2011

My Music - Astro Channel 318

Sounds of Malaysia: You make it, we air it.

Korang adalah sorang yang gemar mengarang lagu? Gemar bermain muzik? Kat sini aku nak share something yang mungkin akan menarik perhatian korang. Korang pun tahu kan yang negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 pada Ogos ni.

Oleh itu, pihak Astro membuat satu program yang dipanggil sebagai Sounds of Malaysia. Korang hanya perlu mengarang sebuah lagu/ muzik dan rakamkan nyer dalam video. Tapi yang penting skali, lagu tu mesti ler mempunyai ciri2 pasal negara kita atau pun konsep 1Malaysia.




Tak kesah la korang ni band ke, solo ke. Kalo nak rakamkan video satu orkestra pun takpe. Janji korang rakam dan submit video korang.

Untuk submit video korang, korang bole klik kat SINI.

Few simple instruction untuk memudahkan korang.


Step 1
Rakam video lagu korang yang bertemakan Malaysia.

Step 2
Upload video tersebut kat web yang aku kasik tadi.
Jangan lupa isi form yang ada kat dalam web tu skali.

Step 3
Lagu yang terpilih akan disiarkan kat Astro Channel 318 (MyMusic)


Untuk terma dan syarat, korang bole klik kat link di bawah. Owh, lupa lak. Kalo korang nak tengok video yang dah ada pun bole gak. Cuma aku tak dapat nak tengok. Sebab kena ada "Microsoft Silverlight" baru bole tengok...


Tuesday, June 21, 2011

Career Fair & Career Summit

Assalamualaikum sumer.

Apa habaq hangpa ari nih? Harap2 hangpa sumer sihat noh... Ari nih aku nak share kat korang (eh, dah revert balik ke style tulisan asal?) sumer pasal satu career summit yang akan berlangsung pada bulan depan.

Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan satu career summit dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan sumer pelajar universiti dijemput menghadiri Career Summit for Future Malaysian Leaders 2011 atau shortform nyer CASFUMAL. Kalo korang nak lawat laman web rasmi diorang, bole klik kat SINI.



Antara banyak2 event yang akan berlangsung, of course la ramai yang akan tertumpu kat Career Fair pada 2 dan 3 Julai ni kat KL Sentral. Eh, jap. Apsal wat kat KL Sentral ek? Muat tak ni nak menampung jumlah orang yang ramai? Tu tak campur lagi ngan orang yang nak naek komuter ngan LRT. Kang bersesak lak.

Anyway, kepada pelajar2 universiti yang bakal grad atau kepada mana2 pelajar yang dah grad tapi still tak jumpa lagi pekerjaan yang sesuai, apa kata korang serbu dan menyesakkan lagi KL Sentral pada 2 dan 3 Julai depan.


Antara event-event yang akan berlangsung semasa CASFUMAL:

Career Fair - 2 & 3 Julai 2011 (KL Sentral)
Career Talk - 23 & 24 Julai 2011 (Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang)
Conference Dinner - 23 Julai 2011 (Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang)
UN Mock Up Meeting - 24 Julai 2011 (Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang)


Kepada sape2 yang nak berdaftar dengan laman web carian pekerjaan, apa kata korang baca entri aku pasal JobsCentral.


Saturday, June 18, 2011

MTV World Stage 2011




MTV World Stage 2011 akan berlangsung di Malaysia... Yes, you heard me right. Kat Malaysia. Tarikh nyer 24 Julai 2011. Apa yang menarik nyer pasal MTV World Stage tahun ni adalah, MTV World Stage kali ni akan diadakan di i-City, kota yang penuh dengan lampu2 cantik. Hehehe... Kalo nak tengok macam mana rupa nyer i-City tuh, korang bole klik LINK nih.

Antara gambar2 menarik i-City yang aku ingin kongsikan.






Tapi aku tak tau la sape yang akan wat persembahan masa MTV World Stage tuh nanti. Tapi aku tau cara2 nak dapatkan pas eksklusif. Cara nyer mudah je. Tapi aku malas nak explain panjang2. Aku explain simple je. Kalo lepas korang baca tu, korang berminat, korang bole klik link yang akan aku kasi nanti.

Cara nyer mudah. Korang kena jadi antara 1000 orang pertama yang mendaftar untuk Debit Mastercard, pastu korang belanjakan RM 30 guna kad tu dan daftar melalui SMS. Simple tak aku explain? 1 ayat je. Hehehe...

Kalo korang berminat, bole klik kat SINI untuk maklumat lebih lanjut.


Wednesday, June 8, 2011

Undi Karekter M&M Kegemaran Korang

Sape sker makan coklat M&M, sila angkat tangan? -saya- Hehehe... Yes, aku memang sker makan coklat M&M. Tapi skang jarang dah makan. Tapi masa kecik dlu, memang minat giler ar. Kalo arwah abah aku kasik beli, memang seronok giler.

Well, budak2 kan... Bukan senang nak dapat makan coklat yang  mahal2 nih. Yang slalu dapat makan, coklat yang 2 ketul 10 sen tuh.




Antara banyak2 kaler dalam coklat M&M tuh, yang paling aku sker adalah merah dan kuning. So, coklat M&M yang kaler merah ngan kuning mempunyai the highest probability untuk abes terlebih dahulu. Korang lak macam mana?

Jadi, apa kata korang visit LAMAN WEB ni, pastu vote karekter M&M kesukaan korang. Apa lagi... Vote for your candydate now.

Monday, June 6, 2011

Teh tarik paling best korang pernah rasa

Untuk pengetahuan korang, aku adalah antara penggemar teh tarik. Teh tarik adalah minuman pertama yang akan berada dalam otak aku kalo waktu pagi. Waktu2 laen aku biasa nyer minum teh ais. Tapi pagi2 tak kan nak minum ais gak kan...

Tapi... Antara banyak2 kedai yang korang minum, kedai mana yang sediakan teh tarik yang perghhh-sedap-tak-hengat bagi korang? Kalo tanya aku, aku memang jawab tak tau la. Sebab lidah aku nih, tau sedap ngan tak sedap je. Tersangat sedap tu, belum mampu nak bezakan. Janji sedap dan boleh ditelan, aku maen sapu je. Hehehe...

Kalo korang tau kedai mana yang bole buat teh tarik yang perghhh-sedap-tak-hengat, korang mungkin ada peluang untuk menang voucher topup RM 5. And yes, kepada penggemar teh tarik kat luar sana, ini memang berita baek untuk korang. Pihak F&N tengah wat satu survey.




Diorang nak tau kedai yang mana yang bole buat teh tarik yang sedap. Dan reward untuk yang jawab survey ni, macam aku cakap tadi, percuma voucher topup RM 5. Tapi korang kena cepat la. Sebab reward tuh limited untuk 1000 orang pertama je...

Untuk join survey F&N nih, korang bole la klik SINI.