Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »
ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Sunday, July 31, 2011

Proton Saga FLX

Kalo yang baya2 aku ni, mesti korang masih ingat lagi generasi Proton Saga yang pertama. Kalo tak kenal gak, korang wajib terjun lombong.


 [Proton Saga generasi pertama]


Aku rasa korang pasti kenal kan Proton Saga BLM kan. Generasi baru Proton Saga yang diperkenalkan sekitar 2007/08 dlu. Lepas tu, model Proton Saga FL pulak dikeluarkan. Dan skang ni, Proton melangkah setapak ke hadapan dengan memperkenalkan model terbaru, iaitu Proton Saga FLX.




Mengikut Bernama, model terbaru Proton Saga ini dijangka untuk memberi penjimatan minyak sebanyak 6% hasil daripada penggunaan continuous variable transmisson (CVT) technology. Model baru ini juga turut dilengkapi dengan gear lock, features yang takde dalam model yang sebelum nyer.

Nak tahu lebih banyak, korang boleh klik SINI.





Proton Saga FLX

Saturday, July 30, 2011

Snorkeling Pulau Payar RM170 Je...

Yes. You heard it right. MAD deal of the day. Hanya RM 170 je untuk aktiviti snorkeling di Pulau Payar Marine Park dan bukan nyer RM 300. Untuk harga RM 170 tuh, korang bole dapat tiket pulang, set snorkeling (jaket ngan mask), coral activities platform and facilities beserta ngan buffet untuk makan tengah hari.

Apa yang menarik nyer pasal Pulau Payar Marine Park ni? Menarik nyer adalah kat situ satu2 nyer tempat menyelam di barat Semenanjung Malaysia. Kalo korang minat bab snorkeling2 nih, korang boleh klik kat SINI untuk maklumat lanjut.

Antara gambar2 yang menarik ingin aku kongsikan kat sini.











Saturday, July 16, 2011

Friendly Match: Malaysia vs Chelsea

Setelah dibenam Arsenal 0-4 Rabu lepas, dan dengan Harimau Muda bakal berdepan dengan Liverpool malam nih, 21 Januari nih Malaysia bakal berdepan dengan satu lagi gergasi EPL iaitu Chelsea.




Walaupun pemain Malaysia yang bermaen ntah apa2 dengan serangan2 yang tumpul bak mata tukul besi dan keeper 2 kali tewas dengan bola lambung, diharapkan diorang dapat memperbaiki mutu permainan semasa menentang pasukan Chelsea minggu hadapan.

Seperti perlawanan Malaysia menentang Arsenal hari tu, perlawanan menentang Chelsea juga berkemungkinan tidak akan disiarkan di Astro kalo hasil jualan tiket tidak memuaskan. Oleh itu, apa kata korang beli je tiket sendiri atau join contest INI untuk dapat tiket secara free.


Wednesday, June 29, 2011

My Music - Astro Channel 318

Sounds of Malaysia: You make it, we air it.

Korang adalah sorang yang gemar mengarang lagu? Gemar bermain muzik? Kat sini aku nak share something yang mungkin akan menarik perhatian korang. Korang pun tahu kan yang negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 pada Ogos ni.

Oleh itu, pihak Astro membuat satu program yang dipanggil sebagai Sounds of Malaysia. Korang hanya perlu mengarang sebuah lagu/ muzik dan rakamkan nyer dalam video. Tapi yang penting skali, lagu tu mesti ler mempunyai ciri2 pasal negara kita atau pun konsep 1Malaysia.




Tak kesah la korang ni band ke, solo ke. Kalo nak rakamkan video satu orkestra pun takpe. Janji korang rakam dan submit video korang.

Untuk submit video korang, korang bole klik kat SINI.

Few simple instruction untuk memudahkan korang.


Step 1
Rakam video lagu korang yang bertemakan Malaysia.

Step 2
Upload video tersebut kat web yang aku kasik tadi.
Jangan lupa isi form yang ada kat dalam web tu skali.

Step 3
Lagu yang terpilih akan disiarkan kat Astro Channel 318 (MyMusic)


Untuk terma dan syarat, korang bole klik kat link di bawah. Owh, lupa lak. Kalo korang nak tengok video yang dah ada pun bole gak. Cuma aku tak dapat nak tengok. Sebab kena ada "Microsoft Silverlight" baru bole tengok...


Tuesday, June 21, 2011

Career Fair & Career Summit

Assalamualaikum sumer.

Apa habaq hangpa ari nih? Harap2 hangpa sumer sihat noh... Ari nih aku nak share kat korang (eh, dah revert balik ke style tulisan asal?) sumer pasal satu career summit yang akan berlangsung pada bulan depan.

Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan satu career summit dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan sumer pelajar universiti dijemput menghadiri Career Summit for Future Malaysian Leaders 2011 atau shortform nyer CASFUMAL. Kalo korang nak lawat laman web rasmi diorang, bole klik kat SINI.



Antara banyak2 event yang akan berlangsung, of course la ramai yang akan tertumpu kat Career Fair pada 2 dan 3 Julai ni kat KL Sentral. Eh, jap. Apsal wat kat KL Sentral ek? Muat tak ni nak menampung jumlah orang yang ramai? Tu tak campur lagi ngan orang yang nak naek komuter ngan LRT. Kang bersesak lak.

Anyway, kepada pelajar2 universiti yang bakal grad atau kepada mana2 pelajar yang dah grad tapi still tak jumpa lagi pekerjaan yang sesuai, apa kata korang serbu dan menyesakkan lagi KL Sentral pada 2 dan 3 Julai depan.


Antara event-event yang akan berlangsung semasa CASFUMAL:

Career Fair - 2 & 3 Julai 2011 (KL Sentral)
Career Talk - 23 & 24 Julai 2011 (Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang)
Conference Dinner - 23 Julai 2011 (Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang)
UN Mock Up Meeting - 24 Julai 2011 (Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang)


Kepada sape2 yang nak berdaftar dengan laman web carian pekerjaan, apa kata korang baca entri aku pasal JobsCentral.